Search




advanced search

Sponsors

Iklan Penaja


Latest members

Username Joined
hasryaty 16 May
effakj 15 May
jlliew 15 May

Birthdays

Congratulations to: mariedelexz (46)

Welcome

PutraPermai.Net now support RSS Feed which can be used to quickly update any posting in this forum into your RSS Feed reader. To use it, just fill in this URL into your Feed reader : http://feeds.feedburner.com/putrapermai

Latest global announcements

Original Bandar Putra Permai Master Plan by Equine Group


HI all..

Nak tau tak macam mana agaknya Bandar Putra Permai nie bila dh fully developed? Jom lihat gambar-gambar kat bawah..
sekarang pun berdasarkan model dalam gambar nie nampaknya BPP ni dah hampir 80% developed..cume terdapat beberapa perancangan yang tak direalisasikan spt Drive Thru Mall & Transport Hub..Clik link provide to know further..

Image
Kat tengah sebelah Giant adalah Drive Thru Mall..an already scrapped project..we're still dunno what project going to be build here..refer this topic: viewtopic.php?f=15&t=187. Another building lower side in this pic is Auto City Mall which is still not realised. While surrounding project in this pic already completed such as Jusco, Maybank & Equine Square

Image
Pandangan Birds View dari sudut IPD Serdang (Lestari Perdana). Boleh dilihat di belakang Taman Putra Permai (completed project) masih akan ada 1 projek pembangunan Kondominium/Apartment. Staff di Equine maklumkan masih tak diketahui bila ia akan dibangunkan/launcing. Manakala sebelah kondo/apartment berkenaan adalah project Villa Avenue yang sedang dalam pembangunan.

Image
Another same view on higher angle

Image
Pandangan dari Vista Pinggiran. Menghapan Wisma Penyeyang. Project sedang dibangunkan adalah Equine Boulevard dan Naza TTDI Dualis. While another building at the right side look like comercial tower/condominum in this pic still in doubt..anybody knows?

Image
Another view from lower angle from Pinggiran Putra/Vista Pinggiran side

Image
View from Villa Avenue towards Alice Smith School & Drive Thru Mall

Image
View from Permai Park towards Petronas, Permai Square, scrapped project Permai Transport Hub which currently replaced by 3 Elements& Cahaya Permai Apartments

Image
Birds view from Equine Park (near Surau Al Muhajirin)

Image
The Rise Bungalows & Semi-D near Taman pinggiran Putra (2°58'57.2412''N 101°40'45.9912''E)

Views: 239  •  Comments: 2  •  Write comments

Projek RM37 Juta Perbaiki Aliran Trafik Di Seri Kembangan


Projek RM37 Juta Perbaiki Aliran Trafik Di Seri Kembangan

Oleh : Mohd Ezli Mashut

Image
SERDANG,12 JANUARI : Penduduk di kawasan Seri Kembangan boleh menarik nafas lega daripada berhadapan kesesakan lalu lintas yang menghantui penduduk kawasan itu sejak sekian lama apabila projek hampir RM37 juta diperuntukkan untuk memperbaiki lalulintas di kawasan itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata penyelesaian kesesakan jalan raya iitu adalah untuk membuat jalan satu hala di seluruh kawasan Seri Kembangan supaya dapat mengatasi masalah persimpangan dua hala yang begitu banyak.

” Pengajaran kesesakan yang berlaku begini akan memberi kita peluang untuk mengingatkan pihak berkuasa tempatan dan perancang bandar supaya meneliti perancangan-perancangan masa depan,” kata Abdul Khalid semasa ucapan perasmian Majlis Pecah Tanah Projek Sistem Sirkulasi Lalulintas di Seri Kembangan.

Abdul Khalid berharap penduduk bersabar dan dapat memberi kerjasama apabila berlaku kesesakan kelak semasa projek memperbaiki aliran trafik ini berjalan.

” Anggaran kos melebihi RM37 juta, tetapi projek ini akan dilaksanakan secara berfasa dan yang fasa pertama ialah pembinaan jalan yang baru dipersimpangan dan juga jalan bertingkat serta mengubah jalan-jalan yang berkaitan.

” Dengan berlakunya ini, masalah kesesakan aliran trafik dapat dikurangkan,Seri Kembangan adalah tempat yang mempunyai rekod yang mempunyai banyak persimpangan dalam jarak yang begitu dekat,” kata Abdul Khalid.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Ronnie Liu dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor Datuk Abdullah Abdul Rahman.

Sementara itu, ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah berkata kesesakan jalan raya yang di hadapi penduduk di Seri Kembangan pada waktu puncak mengganggu perkembangan ekonomi setempat.

” Masalah kesesakan adalah masalah yang kritikal yang dihadapi oleh masyarakat setempat, ini jelas telah menyebabkan rakyat menderita dan hidup dalam satu keadaan yang penuh dengan tekanan,” katanya.

Menurut Ean lagi,masalah kesesakan ini menyebabkan Seri Kembangan yang dahulunya dikenali sebagai ‘Pekan Kasut’ mengalami kemerosotan perkembangan ekonomi.

” Saya yakin dengan kejayaan projek ini akan menambah baik situasi trafik dan memberi manfaat kepada pengguna jalan di masa hadapan,” katanya.

Sumber: Petikan dari Selangorkini.com

Views: 375  •  Comments: 4  •  Write comments


Login

Username:


Password:


remember me
hide me






Who is online

Total:1

Registered:0
Hidden:0
Guest:1

Most users ever online was 73 on 06 Jul 2010, 07:42

Registered users: No registered users

Legend :: Administrators, Global moderators

cron