2 Perompak Hong Leong Bank Tersungkur

Bincang isu-isu semasa & global

2 Perompak Hong Leong Bank Tersungkur

Postby idx » 14 Oct 2009, 21:12

2 Perompak Hong Leong Bank Tersungkur..
October 13th, 2009

ImageImage
ImageImage
ImageImage
ImageImage
SERI KEMBANGAN: Hampir sebulan menjadi buruan polis, dua ahli kumpulan perompak bersiri Geng Hong Leong yang amat dikehendaki polis akhirnya tersungkur mati selepas ditembak lebih 30 das peluru, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang itu, polis terpaksa menembak mati seorang daripada dua penjenayah terbabit di Taman Equine di sini, selepas suspek enggan menyerah diri.

Sumber polis berkata, kedua-dua penjenayah terbabit sebelum ini dikesan sebagai dalang utama tiga kes rompakan bank bersenjata api membabitkan jumlah rompakan mencecah hampir RM1 juta.


Menurutnya, susulan tiga kes rompakan bank dilakukan penjenayah, polis menjalankan operasi besar-besaran bagi memburu kumpulan penjenayah warga tempatan berkenaan yang dipercayai menyembunyikan diri sejurus kejadian berkenaan.

“Hasil kecekapan polis, kumpulan penjenayah terbabit akhirnya dikesan sebelum diekori pasukan khas daripada Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL) dan Bukit Aman.

“Seorang daripada suspek yang memandu Honda Accord hitam diekori polis dari sebuah stesen minyak di Persiaran Equine Perdana, sebelum dipintas kenderaan polis. Suspek yang diarahkan menyerah diri sebaliknya melepaskan beberapa das tembakan ke arah kenderaan polis,” katanya

Berikutan itu, polis terpaksa membalas tembakan yang membunuh penjenayah yang ketika itu hanya memakai seluar pendek. Pemeriksaan lanjut, polis menemui sepucuk revolver jenis .38mm pada mayat penjenayah.

Tinjauan wartawan turut menemui lebih 19 lubang kesan tembakan pada cermin depan kereta penjenayah selain beberapa kelongsong peluru bertaburan berhampiran kereta suspek yang ditembak polis.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Hasnan Hassan, yang ditemui di lokasi kejadian berkata, suspek berusia 30-an adalah perompak paling dikehendaki polis Selangor dan Kuala Lumpur selepas melakukan tiga rompakan bersiri pada 24 Ogos serta 15 September dan 18 September lalu.

Katanya, kira-kira jam 3.30 petang, anggota pasukan khas yang ditubuhkan turut mengesan tiga lagi ahli kumpulan perompak terbabit sedang menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima sebelum mengekorinya dari Seri Kembangan hingga ke Gohtong Jaya, Genting Highlands.

Polis yang mengekori MPV dinaiki suspek mengarahkan penjenayah memberhentikan kenderaan, namun mereka enggan mematuhi arahan sebaliknya melarikan diri selain turut melepaskan beberapa das tembakan rambang.

Susulan itu, polis mengejar suspek hingga ke persimpangan menuju Gohtong Jaya sebelum menembak mati seorang suspek berusia 41 tahun, menjadikan jumlah suspek yang ditembak mati dua orang.

Polis turut menemui sepucuk pistol model Smith & Wesson dan beberapa butir peluru hidup pada badan suspek yang dibunuh. Dua lagi penjenayah yang berada dalam kenderaan terbabit bagaimana sempat keluar dan melarikan diri.

Berikutan itu, Unit Anjing Pengesan Polis (K9) dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memburu penjenayah yang dipercayai masih bersembunyi dalam kawasan hutan berhampiran.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah turut berada di lokasi kejadian di Gohtong Jaya bersama timbalannya, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika pemeriksaan dijalankan di lokasi insiden.

Difahamkan susulan kejadian itu, polis melakukan siasatan terhadap sebuah rumah milik suspek di Cheras, di sini namun gagal menemui sesiapa di rumah berkenaan.

Sumber Artikel : Harian Metro
idx
Ketua Jalan
 
Posts: 106
Joined: 16 Sep 2009, 22:17

Re: 2 Perompak Hong Leong Bank Tersungkur

Postby sunny » 02 Dec 2009, 12:40

Saya lalu di tempat kejadian pd jam 2.50ptg..keadaan masih kelam kabut...ngeri dan x sangka benda nih boleh jadi kat tmpt kita...hati2 semua..jenayah di mana2..samalah kita memelihara keamanan dan keselamatan tmpt tinggal kita :)
sunny
Baru Pindah
 
Posts: 10
Joined: 02 Dec 2009, 12:04

Re: 2 Perompak Hong Leong Bank Tersungkur

Postby nurulhidayah » 04 May 2010, 15:47

saya lalu gak time tu...keadaan dh reda, traffic slow, tp mayat still ada kt kereta accord tu sbb saya nampak, memula ingatkan accident, tp cam pelik accident kt traffic light dan kereta tk kemek pon...eheh. tgk paper esok rupanya perompak kena tembak
nurulhidayah
Baru Pindah
 
Posts: 10
Joined: 04 May 2010, 13:59


Return to Berita & Isu Semasa

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron