Bazaar Rakyat

Pembangunan di sekitar Bandar Putra Permai. Kongsi pandangan, pendapat dan pengalaman anda disini

Re: Bazaar Rakyat

Postby kayzen » 14 Feb 2010, 10:09

it is sad to see our bazaar rakyat turn out to be like that.. hope the authority could do something to make it alive..
kayzen
Penduduk Biasa
 
Posts: 25
Joined: 05 Jan 2010, 18:04

Re: Bazaar Rakyat

Postby Ibnu Taharim » 27 Jul 2010, 10:35

Saya di antara yang baru menyewa pejabat di bazaar rakyat tingkat atas dengan sewa RM300 sebulan. Saya memang ada banyak dengar 'masalah' yang berlaku di bazaar ini. Ada yang tidak suka dengan sikap pihak pengurusan yang terlalu 'keras' dalam masa yang sama 'do nothing'.

Saya sebagai ahli perniagaan saya tidak nampak sebarang masalah untuk memajukan bangunan bazaar rakyat yang saya kira agak strategik dari segi lokasi biarpun giant baru nak dibina. Tempat ini boleh maju sejak dulu lagi kalau betul dengan cara pengurusannya. Pengalaman saya membangunkan kawasan yang dahulunya tempat sunyi dan jauh dari kediaman menjadi sebuah "Night Bazaar" di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) membuktikan bahawa tempat yang sebegini lengkap (bazaar rakyat) boleh lebih maju jika dilakukan dengan betul.

Saya tidak tahu bazaar rakyat ini sebenarnya di bawah kuasa siapa ( MPSJ atau Kerajaan Negeri atau Kerajaan Persekutuan atau Swasta ) , tapi apa yang pasti ianya di uruskan oleh pihak swasta .

Dulu ramai peniaga yang meniaga di sini tapi ramai pulak yang keluar, dan terbaru kalau tak silap ada cerita yang mengatakan peniaga-peniaga dari Uptown Danau Kota akan membuka night bazaar kat sini . Hari tu saya tengok kanopi sudah siap dipasang keliling . Tapi sekarng saya tengok dah tak ada . Pelik...
visit our blog ; www.ibnutaharim.blogspot.com
Ibnu Taharim
Baru Pindah
 
Posts: 2
Joined: 27 Jul 2010, 10:15
Location: Vista Pinggiran

Previous

Return to Pembangunan & Hartanah

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron