MEX Exit:Seri Kembangan folk still waiting for progress

Utarakan masalah di sekitar kediaman anda disini.

Simpang Equine-MEX dibina

Postby admin » 13 Oct 2011, 13:10

Simpang Equine-MEX dibina
Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusan.com.my


Image
PROJEK pembinaan persimpangan bertingkat di Seri Kembangan, Serdang akan menghubungkan terus Taman Equine dan Seri Kembangan dengan pembukaan susur masuk dan keluar di kawasan itu. – UTUSAN/Abdul Nazir Mohamed

SERDANG 12 Okt. – Penantian lebih 250,000 penduduk di sekitar Taman Equine dan Seri Kembangan di sini untuk dihubungkan terus dengan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX) yang melalui kawasan itu akhirnya bakal menjadi kenyataan.

Ini berikutan langkah kerajaan meluluskan cadangan pembinaan persimpangan bertingkat ke lebuh raya itu dalam mesyuarat Majlis Ekonomi (EC) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri baru-baru ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Serdang, Datuk Mohamad Satim Diman berkata, pelaksanaan projek itu juga dijangka mampu menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas yang dihadapi penduduk di kawasan berkenaan sejak sekian lama.

Menurutnya, kesesakan terpaksa dilalui penduduk terutama pada waktu puncak sepanjang tempoh lima tahun kebelakangan ini berikutan pembangunan pesat di kawasan itu.

“Kami berterima kasih kepada kerajaan kerana meluluskan pembinaan persimpangan bertingkat ini bagi kemudahan penduduk di sini yang sudah sekian lama diperjuangkan.

“Ini sekali gus membuktikan keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang dihadapi oleh rakyat,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Turut hadir, Penyelaras Kawasan Parlimen Serdang, Datuk Yap Pian Hon dan Pegawai Penyelaras Kawasan DUN Kinrara, Datuk Wong Hock Aun.

Sementara itu, Pian Hon berkata, dianggarkan kira-kira 10,000 pengguna yang tinggal di kawasan perumahan berhampiran menggunakan laluan sedia ada di kawasan itu setiap hari.

Katanya, apabila siapnya laluan itu kelak, mereka yang datang dari Seri Kembangan tidak lagi perlu mengharungi kesesakan sehingga satu jam untuk ke Kuala Lumpur, sebaliknya perlu mengambil masa kira-kira 15 minit sahaja.

“Dalam surat yang dihantar Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) bertarikh 16 Jun lalu, pihak LLM ketika ini sedang dalam proses akhir kajian terperinci bagi pelaksanaan persimpangan itu.

“Ia melibatkan kaedah untuk penyediaan pelan dan proses pengambilan balik tanah, penyediaan ringkasan reka bentuk dan reka bentuk terperinci berasaskan prosedur yang ditetapkan pihak kerajaan,” ujarnya.

Beliau berkata, apa yang diharapkan proses itu dapat diselesaikan selewat-lewatnya pada penghujung tahun ini bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan dilaksanakan pada tahun depan.

Katanya, anggaran kos serta tempoh projek itu dijangka disiapkan akan diumumkan oleh Perdana Menteri dan Menteri Kerja Raya semasa lawatan ke lokasi dalam tempoh terdekat..

:D :D :D Yahoo!!! :D :D :D :D
admin
Site Admin
 
Posts: 124
Joined: 15 Sep 2009, 19:43





Re: Simpang Equine-MEX dibina

Postby wadie » 16 Oct 2011, 15:11

wadie
Baru Pindah
 
Posts: 5
Joined: 08 Oct 2011, 03:32





Re: Simpang Equine-MEX dibina

Postby kapalkertas » 16 Nov 2011, 17:43

1 berita yang sangat baik! LHDN bakal berpindah ke cyberjaya sekitar 1-3 minggu lagi. bertambah lagi permintaan penyewa di equine/putra permai :D
User avatar
kapalkertas
Baru Pindah
 
Posts: 17
Joined: 16 Nov 2011, 00:41





Re: A 12 YEAR DREAM BECOMING A REALITY

Postby kapalkertas » 16 Nov 2011, 18:03

cs_hiew wrote:i hope mex highway interchange to jln putra permai no need wait 12years, hopefully solve it fast.

agree with cs_hiew. once it's solved, more and more people will start to find house here.
User avatar
kapalkertas
Baru Pindah
 
Posts: 17
Joined: 16 Nov 2011, 00:41





Re: Simpang Equine-MEX dibina

Postby admin » 30 Nov 2011, 13:24

kapalkertas wrote:1 berita yang sangat baik! LHDN bakal berpindah ke cyberjaya sekitar 1-3 minggu lagi. bertambah lagi permintaan penyewa di equine/putra permai :D


en. kapal kertas staff lhdn ke :D ? setahu saya hanya HQ dia sahaja..cawangan Jln Duta masih kekal disana..
admin
Site Admin
 
Posts: 124
Joined: 15 Sep 2009, 19:43





Re: MEX Exit:Seri Kembangan folk still waiting for progress

Postby azmanaw » 30 Nov 2011, 22:47

already tender 2month ago. now is in the evaluation process. that all i know.
azmanaw
Baru Pindah
 
Posts: 6
Joined: 23 Nov 2011, 09:01





Re: MEX Exit:Seri Kembangan folk still waiting for progress

Postby cs_hiew » 11 Jan 2012, 12:17

hope all developer push the goverment fast finish this interchange, sunway, equine, titijaya, IJM, I&P, LBS, TTDI. IOI, Hapseng.
cs_hiew
Ketua Taman
 
Posts: 303
Joined: 13 Jan 2011, 13:44





Re: MEX Exit:Seri Kembangan folk still waiting for progress

Postby mshazam » 17 Apr 2012, 15:59

so bile mau start the project?
don't waste life being underpaid for the work you do... -.-
mshazam
Penduduk Senior
 
Posts: 99
Joined: 24 Oct 2011, 09:23





Re: MEX Exit:Seri Kembangan folk still waiting for progress

Postby cs_hiew » 18 May 2012, 15:42

waiting for so long time, never seen the construction start, need wait after election just start? why malaysia like this. people request thing also need wait election? this is MPSJ should concern
cs_hiew
Ketua Taman
 
Posts: 303
Joined: 13 Jan 2011, 13:44





Re: MEX Exit:Seri Kembangan folk still waiting for progress

Postby TrulyMadlyDeeply » 23 May 2012, 14:55

cs_hiew wrote:waiting for so long time, never seen the construction start, need wait after election just start? why malaysia like this. people request thing also need wait election? this is MPSJ should concern


Yeah. I'm looking forward for this to start also as really affect those working at KL area.
TrulyMadlyDeeply
Penduduk Biasa
 
Posts: 42
Joined: 27 Feb 2012, 13:40





PreviousNext

Return to Aduan dan Masalah Setempat

Who is online

Users browsing this forum: No registered users and 1 guest

cron